Tayar toreh

Tayar toreh ialah tayar yang sudah botak dan ditoreh semula oleh 'industri belakang rumah' secara haram dan tidak menepati mana-mana piawaian keselamatan. Tayar toreh berbahaya kepada pemandu dan penumpang kenderaan yang menggunakan tayar jenis itu, tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Bunga tayar toreh kurang memuaskan.Cengkaman semasa di jalan raya kurang dan mudah menyebabkan kenderaan hilang kawalan terutama dalam cuaca buruk seperti hujan.